FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

29 Apr 2025

Strategi

Cara Trade Dengan Pola Baji

Main.jpg

Apakah yang dimaksudkan dengan Baji Menaik?

Baji Menaik (Ascending Wedge) ialah sejenis pola carta teknikal yang digunakan untuk mengenal pasti perubahan pada trend pergerakan harga.

Secara umumnya, pola baji boleh dikesan dengan melukis dua garisan: satu pada aras rintangan dan satu lagi pada aras sokongan carta harga. Jika kedua garisan bertumpu dan akan bersilang antara satu sama lain, ia petanda bahawa amplitud pergerakan harga dalam garisan ini akan semakin mengecil dan tekanan bullish dan bearish semakin setara. Ini bermakna salah satu akan terjadi kepada trend sedia ada, ia sama ada akan berterusan atau menyongsang, bergantung pada jenis trend dan pola yang dikesan.

Jika anda melihat pola baji terbentuk pada carta harga, akan berlaku jeda (pause) pada trend semasa. Trader masih belum pasti apa yang perlu dilakukan dengan aset mereka, jadi kedua-dua penyongsangan atau penerusan trend adalah mungkin, secara teknikalnya.

Baji Menaik (Rising Wedge)

Pola Baji Menaik biasanya berlaku dalam uptrend — sama ada secara jangka panjang atau jangka pendek — apabila tekanan daripada penjual mula menyaingi penguasaan pembeli.

Image 1.jpg

Beginilah rupa Baji Menaik pada carta harga. Seperti yang anda dapat lihat, pada mulanya jarak antara paras-paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras-paras terendah yang lebih tinggi (higher lows) adalah ketara. Apabila harga baru terbentuk, jaraknya semakin mengecil. Pembentukan higher highs memperlahan sementara higher lows terus muncul pada rentak yang sama. Garisan yang dilukis di sepanjang paras tertinggi dan paras terendah semakin mendekat dan rapat dan tampak seperti akan bertemu, menunjukkan minat yang semakin berkurangan dalam kalangan bulls, yang tampak seolah-olah tidak menolak tekanan yang semakin kuat daripada bears.

Kemudian, apabila garisan rintangan dan sokongan menjadi sangat rapat, penembusan berlaku dan harga membentuk penurunan yang tajam, menembusi garisan sokongan. Tidak seperti pola carta lain, Baji Menaik berlaku dengan cepat dan harga jatuh dengan mendadak, menunjukkan bahawa bulls telah memberi laluan kesan kerana tidak tahan dengan tekanan bearish.

Baji Menurun (Falling Wedge)

Pola Baji Menurun adalah satu lagi pola carta teknikal yang berfungsi sebagai signal penyongsangan trend atau penerusan trend. Tetapi, tidak seperti Baji Menaik, Baji Menurun berlaku di bahagian bawah downtrend dan menunjukkan potensi kenaikan harga.

Image 2.jpg

Seperti yang anda boleh lihat pada carta ini, Baji Menurun biasanya muncul di bahagian bawah downtrend. Downtrend pada carta menjadi lebih perlahan dan rintangan bears kelihatan lebih lemah berbanding dengan sokongan bulls. Jarak antara rintangan dan sokongan semakin mengecil, dengan garis sokongan lebih stabil di antara kedua-duanya. Pada saat trend hampir kehilangan kesemua momentumnya dan membenarkan garisan rintangan untuk bertembung dengan garisan sokongan, harga berubah dengan tajam ke atas dan terus naik, memulakan uptrend baharu. Bulls mengumpulkan tenaga secukupnya untuk melanggar rintangan bears, menyongsang downtrend ke atas dan tidak berpaling lagi.

Baji Menurun juga boleh berlaku semasa uptrend yang stabil sebagai sebahagian daripada lantunan semula harga jangka pendek. Tetapi dalam kes ini, ia masih berfungsi sebagai pola menaik dan memberikan signal penerusan uptrend, tidak seperti Baji Menaik.

Adakah Baji Menaik itu bullish atau bearish?

Baji Menaik boleh berlaku semasa uptrend dan juga downtrend. Dalam uptrend, ia muncul sebelum penyongsangan downtrend berlaku pada pergerakan harga. Dalam downtrend, ia biasanya muncul pada penghujung tempoh pengukuhan ke atas (upward consolidation) yang singkat. Dalam kedua-dua senario, bulls semakin lama semakin tunduk kepada tekanan bears; ia memberikan signal penyongsangan bearish atau penerusan downtrend. Jadi Baji Menaik dianggap sebagai satu pola yang bearish.

Seberapa andalkah Baji Menaik?

Apabila Baji Menaik muncul pada carta, ia dianggap sebagai petanda yang kuat bahawa penembusan ke arah bawah bakal tiba tidak lama lagi. Trader teknikal profesional juga memujinya sebagai pola bearish yang andal (reliable). Selain itu, Baji Menaik disusuli oleh penembusan dengan penurunan harga yang tajam, jadi ramai trader memantau kehadiran pola ini dengan teliti untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam masa yang singkat.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa pola palsu yang boleh disalah anggap oleh para pemula sebagai Baji Menaik. Untuk mengelakkan hal ini, anda perlu memberikan perhatian yang teliti kepada capahan (divergence) harga/volum. Juga bagus untuk diketahui bahawa apabila pola Baji Menaik adalah tulen dan sah, harga menyentuh garisan sokongan dan rintangan sekurang-kurangnya 3 kali.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pola Baji Menaik diterima secara meluas sebagai satu pola penyongsangan bearish yang sangat andal dan berguna. Ia mudah dilihat dan ia boleh digunakan untuk perdagangan jangka pendek dan jangka panjang.

Pada masa yang sama, sukar untuk mentafsirkan Baji Menaik tanpa mengambil kira keadaaan pasaran semasa. Sebelum membuat keputusan, adalah penting untuk mempertimbangkan rangka masa trend dan konteks pembentukannya. Menggunakan indikator teknikal dan alat-alat lain boleh membantu mengesahkan bahawa Baji Menaik yang didakwa memang sah dan benar-benar meramalkan penyongsangan bearish.

Akhir sekali, apabila anda telah mengenal pasti Baji Menaik dan melihat penembusan, anda boleh membuka urusniaga. Jangan lupa untuk merancang titik keluar anda dengan menetapkan sasaran keuntungan untuk posisi anda. Anda juga boleh buat pesanan renti rugi untuk meminimumkan risiko.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.