FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

24 Apr 2025

Matawang

Emas Bertahan Di Atas $3,300 Akibat Kebimbangan Tarif (24 April)

Kesimpulan

  • Harga Semasa: ~$ 3,320
  • Aras Sokongan:
    • $3,300: Aras psikologi utama
    • $3,288: 38.2% Pengunduran Fibonacci
    • $3,260: Swing low baru-baru ini
    • $3,225–$3,200: 50% Fibo & pengesahan paras tertinggi jangka pendek jika dibolosi
  • Aras Rintangan:
    • $3,367–$3,368: 23.6% Fibo dan pivot utama
    • $3,400: Sasaran nombor genap
    • $3,425–$3,427: Rintangan pertengahan
    • $3,500: Aras psikologi utama

Emas telah melantun selepas mempertahankan sokongan 38.2% Fibo di $3,288, tetapi momentum menaik kini terhenti di zon $3,367- $ 3,368. Pada carta harian, osilator kekal bullish, mencadangkan kenaikan lebih lanjut ke atas sekiranya $3,368 ditawan semula.

Faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Emas

  1. Permintaan Untuk Aset Selamat Kembali Meriah
    • Pendekatan tegas Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent mengenai tarif China telah mengurangkan harapan untuk kata sepakat segera. Ini menghidupkan semula permintaan untuk emas sebagai aset lindung nilai melawan ketidakpastian dasar dan gangguan dagangan global.
    • Kembalinya Trump kepada retorik tarif timbal balik mengukuhkan naratif ketegangan perdagangan yang berpanjangan.
  2. Prospek Dasar Fed Berubah Menjadi Dovish
    • Beige Book Fed menunjukkan permintaan pengguna yang semakin memperlahan, pasaran buruh yang menyejuk, dan ketidakpastian perniagaan.
    • Pasaran kini menetapkan sekurang-kurangnya tiga kali pemotongan kadar Fed menjelang akhir tahun, bermula pada bulan Jun, menyokong daya tarikan emas yang tidak memberikan sebarang pulangan.
  3. Isyarat Ekonomi Bercampur-Campur
    • PMI S&P Global: Aktiviti sektor perkhidmatan yang perlahan menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan yang lebih luas.
    • Barangan Tahan Lama dan Tuntutan Pengangguran (harus diumumkan hari ini) mungkin akan memberitahu kita arah jangka pendek.
  4. Kelesuan Indeks Dolar AS
    • USD telah merosot secara sederhana selepas menunjukkan pemulihan selama dua hari.
    • Dolar yang lebih lemah adalah positif untuk emas, meningkatkan kebarangkalian para pelabur akan beralih kepada emas.
  5. Selera Risiko Terbantut
    • Walaupun mood risk-on boleh dilihat, ketidakpastian mengenai kebebasan Fed, tarif, dan risiko pertumbuhan global membuatkan pasaran terus berhati-hati.
    • Ini menghadkan kenaikan pada aset-aset berisiko dan memberikan sokongan kepada Emas.

Intipati Penting Untuk Trader

  • Bias Bullish Kekal, tetapi $3,368 adalah paras siling utama dalam jangka masa pendek.
  • Trader harus memantau jika terjadi penembusan yang meyakinkan ke sebelah atas $3,368 untuk menyasarkan $3,400 dan $3,425.
  • Kegagalan mempertahankan $3,300–$3,288 membuka pintu menuju kepada $3,260 dan $3,225 apabila terjadi pembetulan yang lebih mendalam.
  • Untuk trader Forex:
    • USD yang melemah, Fed yang dovish, dan ketidaktentuan perdagangan yang berterusan mendorong kenaikan pada XAUUSD.
    • Jika data AS mengecewakan, emas mungkin akan naik lebih tinggi.
    • Namun, angka yang lebih kuat berbanding jangkaan boleh menggencat atau menyongsangkan momentum emas dengan mengukuhkan USD dan sentimen risiko.

XAUUSD – Rangka Masa H2

XAUUSDH2.png

Bertindak balas kepada sokongan garisan trend, aksi harga pada carta rangka masa 2 jam XAUUSD memberikan penembusan struktur bullish dengan senggang harga (price gap). Ini menunjukkan bahawa kita boleh menjangkakan paparan kekuatan dari zon permintaan yang kami sorot.

XAUUSD – Rangka Masa H1

XAUUSDH1.png

Carta rangka masa 1-jam bagi XAUUSD menunjukkan pola SBR dibentuk apabila pergerakan harga mara ke sokongan purata bergerak 100-tempoh dan sokongan garisan trend. Mengambil kira kriteria rangka masa yang lebih tinggi, kesimpulan saya lebih cenderung ke arah aksi harga bullish yang berterusan.

Jangkaan Penganalisis: 

Arah: Bullish

Sasaran- 3409.99

Pembatalan- 3259.80

KESIMPULAN

Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita pasaran terkini dalam saluran Telegram kami.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Adetola-Freeman Ogunkunle

Author: Adetola-Freeman Ogunkunle

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

Lebih banyak artikel berkaitan

25 Apr 2025

08:44

Yen Tidak Pedulikan CPI Tokyo Yang Panas Tatkala Sentimen Risiko Mendominasi (25 April)

Matawang

23 Apr 2025

12:05

Bitcoin Berisiko Pullback Selepas Disanggah Dari Aras Rintangan (23 April)

Matawang

23 Apr 2025

08:24

BoE: Tarif A.S. Menimbulkan Lebih Banyak Risiko Disinflasi Berbanding Inflasi (23 April)

Matawang

22 Apr 2025

09:11

EURJPY: ECB Menunjukkan Inflasi Yang Lebih Tinggi Sebelum Tenang (22 April)

Matawang

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.