Pasukan FBS kami telah menganjurkan satu seminar perdagangan yang menyeluruh di Lagos, Nigeria, dengan jayanya pada akhir September lalu! Acara kami itu telah menarik hampir 200 pedagang yang mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka. Seminar Lagos kami diadakan secara percuma dan ia terbuka kepada orang ramai!
Pada seminar itu, pakar-pakar FBS kami bercakap tentang kepentingan disiplin dan psikologi dalam perdagangan, keyakinan diri, tiga jenis analisis dalam perdagangan (analisis teknikal, fundamental, dan sentimen), serta strategi perdagangan yang berjaya, dan prinsip-prinsip leveraj untuk mencapai cita-cita kewangan.
Kami bukan sahaja menawarkan pelbagai tip dan pandangan berkaitan perdagangan, tetapi turut menjalankan pelbagai aktiviti FBS yang menghiburkan untuk tetamu kami, termasuk pemberian hadiah dan cabutan bertuah. 50 tetamu yang terawal hadir telah menerima kit merchandise FBS mereka, dan 2 peserta bertuah telah memenangi bonus $200 untuk berdagang dengan FBS.
Kejayaan seminar Lagos kami memberi inspirasi kepada FBS untuk terus melengkapkan pedagang kami dengan alat dan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran kewangan. Kami tidak sabar untuk melihat lebih ramai peserta pada masa akan datang.
Untuk mengikuti pengumuman seminar baharu, layari www.fbs.com/seminars.