Ringkasan
- EURJPY jatuh ke paras 162.03, paras terendah dalam tempoh lima hari.
- Sokongan: 161.00
- Rintangan: 163.50
- GBPJPY jatuh kepada 190.82, dengan aras sokongan seterusnya di 183.00.
- USDJPY menurun ke 142.07, tumpuan pada sokongan utama di 139.00.
- CHFJPY turun kepada 172.80, dengan risiko menurun lebih rendah menuju 170.00.
Kekuatan yen mencerminkan positioning yang berhati-hati menjelang pengumuman keputusan BoJ pada hari Khamis.
Faktor-faktor Fundamental Yang Mempengaruhi Yen
- BoJ Dijangka Kekalkan Dasar, Tetapi Angka Unjuran Jadi Fokus
- Pasaran secara meluas menjangkakan BoJ tidak akan mengubah kadar pada minggu ini.
- Walau bagaimanapun, unjuran ekonomi yang terkini — terutamanya unjuran inflasi - akan menjadi kritikal untuk mendapatkan petunjuk mengenai pengetatan pada masa depan.
- Pasaran sedang mencari panduan mengenai masa kenaikan kadar seterusnya, terutamanya dengan inflasi teras yang masih meningkat di Jepun.
- Perubahan Jangkaan Pasaran
- Aksi tarif A.S. yang terkini dan ketidakpastian perdagangan yang lebih luas telah meredam jangkaan kenaikan kadar BoJ dalam masa terdekat.
- Namun, ketekalan (persistent) inflasi domestik mengekalkan kemungkinan kenaikan kadar pada tahun 2025, mengehadkan penurunan JPY.
- Perang Dagang dan Penghijrahan Ke Aset Selamat
- Walaupun terdapat isyarat yang bercampur-campur dari meja rundingan AS-China, pasaran optimis namun berhati-hati tentang prospek ketegangan mereda, yang boleh mengurangkan permintaan untuk aset selamat.
- Walau bagaimanapun, kemeruapan hubungan perdagangan yang berterusan menyokong JPY, terutamanya melawan matawang yang sensitif risiko.
- Data Akan Datang Yang Harus Dipantau
- Hari ini, sentimen ekonomi zon euro dan angka keyakinan pengguna A.S. boleh mencetus kemeruapan matawang silang (cross currency), terutamanya pada pasangan EURJPY dan USDJPY.
- Data A.S. yang lemah berkemungkinan akan meningkatkan lagi kekuatan JPY jika kenaikan kadar Fed berlaku dengan inkremen yang lebih kecil.
Intipati Penting Untuk Trader
- JPY semakin mantap sementara trader menantikan prospek inflasi dan keputusan dasar BoJ.
- Walaupun dasar dikekalkan, semakan semula yang hawkish atau pemberian petunjuk tentang dasar masa hadapan boleh boost yen lebih jauh.
- Memandangkan trend inflasi dan ketegangan geopolitik semasa, JPY mungkin kekal disokong dengan baik dalam jangka pendek, terutamanya berbanding euro dan pound.
GBPJPY – Rangka masa D1
.png)
Carta rangka masa harian GBPJPY menunjukkan konfluens garisan trend rintangan, kedua-duanya saling bersilang dalam kawasan bekalan (supply area) impuls bearish baru-baru ini. Yang jelas sekali, zon bekalan berada dalam kawasan utama aras Pengunduran Fibonacci, seterusnya meningkatkan keyakinan bahawa berkemungkinan kesudahan akan bearish.
GBPJPY – Rangka masa H4
.png)
Pada carta rangka masa 4 jam bagi GBPJPY, kita melihat pola SBR yang jelas terbentuk, dengan bekalan rangka masa yang lebih tinggi terbentuk tepat di atas bahu pola SBR. Kesimpulan yang munasabah di sini adalah bearish. Walau bagaimanapun, pengesahan sebelum melakukan entri masih diperlukan untuk meminimumkan risiko.
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bearish
Sasaran- 187.290
Pembatalan- 196.194
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.