Ringkasan
- EURUSD didagangkan dengan berhati-hati mendekati 1.1350, mencerminkan sikap dovish ECB serta ketidakpastian dasar perdagangan yang berterusan.
- Aras Sokongan:
- 1.1300 – sokongan psikologi dan teknikal utama
- 1.1260 – paras terendah Mac
- Aras Rintangan:
- 1.1380 – rintangan dalam masa terdekat
- 1.1425 – paras tertinggi awal April
Euro terus menerima tekanan lantaran ketegangan hubungan dagang yang meningkat dan harapan yang semakin besar untuk kenaikan kadar faedah ECB pada bulan Jun.
Faktor Fundamental
- Cipollone Beri Signal Risiko Kemelesetan Kesan Perang Dagang
- Ahli lembaga ECB, Piero Cipollone, memberi amaran bahawa fragmentasi perdagangan global boleh mencetuskan kesan "kemelesetan yang jelas".
- Pelaburan Zon Euro mungkin menurun sebanyak 1.1% dan KDNK sebanyak 0.2pp % pada 2025–26.
- Ini sejajar dengan sentimen ECB yang semakin meningkat bahawa pemotongan kadar adalah wajar untuk mengurangkan risiko penurunan.
- Tekanan Disinflasi Semakin Meningkat
- Walaupun perang dagang boleh menyemarakkan inflasi menerusi tarif, Cipollone percaya dalam jangka pendek hingga sederhana, zon euro mungkin menghadapi disinflasi kesan daripada kemerosotan pelaburan dan permintaan.
- Ini menyokong pendirian ECB yang dovish, terutamanya apabila inflasi HICP dijangka kembali ke sasaran 2%.
- Amaran Strategik Mengenai Kewangan Dunia Yang Terfragmentasi
- Cipollone menyerlahkan risiko gangguan aliran modal, turun naik mata wang, dan cabaran kepada dominasi dolar A.S. jika blok-blok global terpisah.
- Beliau menggesa negara-negara G20 untuk mengelakkan proteksionisme dan membina semula penyelarasan perdagangan, memberi amaran ancaman sistemik jangka panjang kepada kestabilan kewangan.
- Implikasi Pasaran untuk EUR
- Para trader kini mengambil kira sepenuhnya potongan kadar pada bulan Jun oleh ECB ke dalam penganggaran harga wajar mereka.
- Sebarang tanda pelanjutan ketegangan dagang — terutamanya melibatkan A.S. dan EU — boleh membebankan sentimen EUR dan meningkatkan kebarangkalian pelonggaran lebih lanjut pada H2 2025.
Intipati Penting Untuk Trader
- Euro kini rentan (vulnerable) apabila ECB lebih bersikap dovish sebagai tindak balas terhadap risiko perdagangan global dan fragmentasi ekonomi.
- Amaran Cipollone berkaitan kemelesetan menguatkan lagi naratif pengurangan kadar pada bulan Jun, dan dengan disinflasi sedang berlangsung, potensi pelonggaran selanjutnya tidak dapat ditolak ke tepi.
- EURUSD mungkin akan kekal menerima tekanan kecuali jika data baru mengenai inflasi atau KDNK memberikan kejutan ke sebelah atas.
EURUSD – Rangka Masa H2
.png)
Selepas pergerakan harga menyapu (swept) di bawah paras terendah sebelumnya, kami melihat ia naik menembusi paras tertinggi terakhir pada carta rangka masa 2 jam EURUSD, dengan itu membentuk pola SBR. Kawasan permintaan yang diserlahkan juga bertindih dengan sokongan garisan trend dan berada dalam aras utama Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracement). Titik konfluens ini menuding kepada kebarangkalian kesudahan yang bullish.
EURUSD – Rangka Masa H1
.png)
Apa yang kita lihat pada EURUSD carta rangka masa 1 jam tidak banyak berbeza daripada senario rangka masa 2 jam. Walau bagaimanapun, pada carta rangka masa 1 jam, kami melihat terdapat momentum candlestick permintaan yang besar, dengan bar dalaman (inside bar) dan fractional low terpelosok di dalamnya. Walaupun keluasan keseluruhan kawasan candlestick merah besar boleh dianggap sebagai area of interest kita, zon yang diserlahkan akan menjadi pusat fokus (center of focus).
Jangkaan Penganalisis:
Arah: Bullish
Sasaran- 1.14332
Pembatalan- 1.13287
KESIMPULAN
Anda boleh akses lebih banyak idea trading dan berita terkini pasaran secara terus dalam saluran Telegram kami.